Nukilan Admin

Assalamualaikum wrbt...


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Sekolah Kebangsaan Tanah kebun terutama Guru Besar Pn Siti Eishah bt Shakarani, Penolon kanan Pentadbiran En. Jamil bin Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Ahmad Khair bin Haji Ahmad, Penolong Kanan KoKuriKulum En. Mohd Yusof bin Jamaludin serta semua guru SKTK yang dihormati Allah SWT.

Sebenarnya blog yang dibina ini bukannya idea saya seorang sahaja akan tetapi ianya terbina dengan cetusan idea 2 orang cikgu yang teramat sayang kagumi iaitulah En. Mohd Rodzi bin Mat Aji  yang merupakan pakar dalam ICT di SKTK dan Cikgu Mohd Yusof .

Saya mengharapkan kalian semua dapat memberi kerjasama dalam apa jua bentuk aktiviti agama di SKTK yang dianjurkan nanti..

Sekian,
Terima Kasih



Assalamualaikum wrbt.....

Saya bersyukur pada Allah SWT dengan taufik dan inayahNYA dapat saya mencoret serba sedikit kata kata buat insan yang disayangi admin blog ini.Terima kasih diucapkan buat suami tercinta di atas segala tunjuk ajar dan kasih sayang yang telah dicurahkan kepada diri ini.

Walaupun blog yang dibuat oleh admin ini tidaklah sehebat mana dengan blog kalian layari selalu..akan tetapi bagi saya ianya cukup bermakna dan amat berguna bagi sekolah kebangsaan Tanah Kebun terutama buat panitia agama islam dan jQAF dalam merialisasikan dan memartabatkan keagungan pendidikan di alam maya ini.

Dengan kesungguhan beliau tanpa jemu untuk mengedit dan melakar blog ini...saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun beliau sibuk akan tetapi saya amat gembira mempunyai suami yang memahami diri ini dan dapat memerima diri ini yang serba kekurangan. Moga Allah SWT merahmati kehidupan kami berdua di dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal Alamin..  

semoga kalian semua terhibur dan memberi komen komen yang membina lagi bagi menaikan blog ini..
syabbas dan tahniah kepada admin blog.

Sekian
Terima Kasih
JavaScript Free Code