UCAPAN PENTADBIR

UCAPAN PENGETUA SKTK
Assalamualaikum wrbt…
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kurnia serta rahmatNya kepada kita, maka kita dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
Guru-guru,kakitangan dan pelajar-pelajar sekalian,
Sebenarnya sebagai seorang pendidik, tanggungjawab yang telah diamanahkan memanglah amat berat. Semua pihak akan memerhatikan kita setiap masa. Jika baik yang dilakukan, maka pujianlah yang akan diterima, begitu juga sebaliknya. Tetapi janganlah perkara ini kita jadikan alasan untuk tidak mahu berusaha bagi memajukan diri dan sekolah kita.

Saya sebagai ketua pentadbir sekolah ini ( Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun ) sungguh terhutang budi dan berterimakasih kepada semua guru dan staf SKTK yang merupakan nadi penggerak kejayaan sekolah, guru-guru yang sentiasa peka dan sanggup memberi sebarang pertolongan pada bila-bila masa, kakitangan yang sama-sama berganding bahu menceriakan kawasan sekolah serta pelajar-pelajar yang sentiasa akur dengan peraturan sekolah.

Kita boleh berbangga dengan kejayaan yang ada tetapi kita tidak boleh lupa dengan tanggungjawab kita seterusnya. Dunia akan melangkah ke alaf baru, abad 21. Kita harus menyediakan anak-anak kita dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh. Anak-anak kita harus mempunyai pegangan agama yang teguh dengan itu mereka akan merupakan insan yang tahan cabaran, berdaya juang, berdaya saing, merdeka minda, celik sains dan teknologi serta celik IT.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Panitia Agama Islam dan jQAF kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menukilkan kata-kata didalam blogs ini.Syabbas saya ucapkan dan teruskan usaha kalian dalam memertabatkan SKTK di Alam Maya Ini. "Rakyat di dahulukan,Pencapaian diutamakan"

Sekian,

Terima kasih

"SALAM 1 MALAYSIA"

PN. SITI EISHAH BT SHAKARANI
PENGETUA
SK TANAH KEBUN




UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,

Syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua saya diberi ruang dan peluang untuk membuat ucapan alu-aluan di blog ini.

Apa khabar semua? Harapan saya semuanya berada di dalam pemeliharaan Allah jua. Saya amat berterima kasih kepada pengendali Blog Panita agama islam dan JQAF yang sudi mempelawa saya untuk berkongsi sesuatu di dalam blog ini.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,

Dunia sekarang sudah berubah. Berita terkini hanya terletak di hujung jari kita sahaja. Kalau dahulu kita hanya boleh menerima berita daripada media cetak (mungkin agak lambat sampai ke pengetahuan kita), disusuli pula dengan media elektronik (radio dan televisyen), tetapi sekarang banyak maklumat boleh kita perolehi melalui internet dan masa yang diambil juga singkat.

Harapan saya dengan adanya blog ini dapatlah pihak sekolah menyampaikan segala maklumat dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sekolah dengan cepat dan tepat. Selain itu, segala perancangan yang telah diatur sepanjang tahun juga dapat dimuatkan di dalam blog ini bagi memudahkan waris pelajar SKTK mengetahui dengan lebih cepat. Waris juga boleh memberi pandangan dan cadangan tentang program-program sesuai yang perlu diadakan oleh pihak sekolah demi kebaikan dan kejayaan pelajar SK TANAH KEBUN.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pengendali blog yang diketuai oleh En. Mohd Zuki Muhammad dan Unit ICT SKTK kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan cemerlang. Semoga blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara sekolah dengan masyarakat tempatan umumnya.

Sekali lagi syabas dan tahniah. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.


Wassalam.
Sekian,

EN.JAMIL BIN HASSAN
PEN.KANAN PENTADBIRAN
SK TANAH KEBUN


UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Assalamuaikum wrbt…

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA terciptanya laman blog untuk Panitia agama Islam dan Jqaf Sk Tanah Kebun ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kerana diberi ruang serta kesempatan untuk saya memberikan sepatah dua kata dalam ruang ini.

Dalam meniti arus globalisasi pendidikan yang semakin mencabar ini, agenda penubuhan blog panita agama islam dan jQAF adalah merupakan satu terbaik di SKTK. Ini kerana ianya dapat memberi kita semua information tentang kegiatan yang dilakukan oleh Panita agama islam dan jQAF disekolah kita.

Pihak Pentadbiran sekolah mengharapkan dengan tercetusnya dan terbinanya lama blog ini ianya merupakan detik dan lembaran baru serta menjadi titik tolak sebagai merealisasikan hasrat sekolah dalam melahirkan kecemerlangan murid dari segi pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan agama islam.

Ada pepatah mengatakan”Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.”kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.Semoga dengan usaha murni yang dilakukan ini akan dapat terus memberi kita maklumat dan mengukuhkan silaturahim diantara kita dimana kita berada.
Sekian,
Terima kasih

“SALAM 1MALAYSIA”

EN. AHMAD KHAIR BIN HJ AHMAD
PEN.KANAN HAL EHWAL MURID
SK TANAH KEBUN



UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk kita menunaikan tanggungjawabNya. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Zuki yang sudi menjemput dan memberi ruang untuk saya berkata-kata dalam pelancaran rasmi blog jqafsktanahkebun.blogspot.com ini.

Saya percaya dikalangan semua guru akan terpanggil untuk melakukan sedemikian…kenapa panitia agama islam dan Jqaf SKTK boleh buat blog dan kenapa kita plak sebagai sebuah organisasi sekolah dan persatuan tidak boleh buat ataupun lakukan?.
Syaabas dan tahniah saya ucapkan kepada persatuan agama islam dan JQAF kerana dapat menyiapkan laman blog ini. Semoga ianya dapat memberi kita maklumat berguna dengan kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh Panitia Agama Islam dan jQAF di Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun ini.

Saya mengharapkan agar apa yang akan disampaikan oleh blog ini akan sama sama kita merasainya dan kerjasama semua guru amat di alu alukan dalam memertabatkan pendidikan agama islam di SKTK.

Sekian,

Terima Kasih
“SALAM 1MALAYSIA”
EN. MOHD YUSOF BIN JAMALUDIN
PEN.KANAN KOKURIKULUM
SK TANAH KEBUN
JavaScript Free Code