AKTIVITI KBS

Ustazah Norain sedang mengajar murid murid tahun 4 cara menghafal doa qunut...bersemangat mereka itu..

BAHAGIAN IBADAT




1. AZAN DAN IQAMAH



1.1 Pengertian azan dan Iqamah



Azan bermaksud seruan yang dilaungkan untuk memberitahu orang ramai tentang telah masuknya waktu solat dengan mengalunkan lafaz-lafaz yang tertentu .

Iqamah ialah yang seruan yang dilafazkan untuk mengajak orang ramai agar mendirikan solat dengan lafaz- lafaz yang tertentu .

Orang yang melaungkan azan dipanggil Muazzin / Bilal .

Hukum melafazkan azan dan Iqamah ialah sunat Muakkad .

Adab-adab yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu melaungkan azan ialah :

► Mengadap ke arah kiblat

► Suci daripada hadas kecil dan besar

► Meletakkan jari telunjuk di telinga

► Menyaringkan suara

► Berpaling ke arah kanan ketika menyebut ( حي علي الصلاة )

► Berpaling ke arah kiri ketika menyebut( حي علي الفلاح )



Perbezaan antara azan dan iqamah



Azan Iqamah

Dilafazkan setelah masuk waktu solat

Dilafazkan ketika solat hendak didirikan



Menguatkan suara ketika melafazkan

Memperlahankan suara ketika melafazkannya



Mengucapkan dengan lambat

Mengucapkan dengan cepat







Persamaan antara azan dan iqamah



Azan Iqamah

Hukum melafazkannya ialah sunat Muakkad

Hukum melafazkannya ialah sunat Muakkad



Sunat berdiri mengadap kiblat

Sunat berdiri mengadap kiblat







 Kesimpulannya ialah azan dan iqamah dilakukan adalah untuk mengajak orang ramai dan umat Islam lain agar segera menunaikan solat dan menjadi syiar keagungan Islam .

 Lafaz azan dan iqamah ini adalah sama dan digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia .

3. SOLAT BERJAMAAH .



3.1 Pengertian solat berjamaah

 Solat berjamaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai. Sekurang-kurangnya dua orang iaitu seorang imam dan seorang makmum .

 Solat berjemaah ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja asalkan cukup syarat-syaratnya .

 Iman ialah orang yang mengetuai solat berjemaah . Makmum pula ialah orang yang berada dibelakang imam dan mengikut imam ketika solat tersebut didirikan .

 Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali ganda kepada orang mendirikan solat berjemaah.



3.2 Hukum solat berjamaah .

 Hukum mendirikan solat berjemaah ialah sunat muaakkad - sangat digalakkan dalam Islam .



3.3 Kelebihan solat berjamaah

a. Menguatkan semangat persaudaraan antara satu sama lain

b. Mengukuhkan tali persahabatan antara sesama Islam dan sesama manusia

c. Melatih umat Islam agar berdisiplin dan menepati masa

d. Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala .



3.4 Syarat-syarat solat berjamaah

a. Makmum berniat mengikut imam

b. Mengetahui gerak geri perbuatan imam

c. Imam dan makmum berkumpul dalam satu tempat / kawasan

d. Kedudukan makmum di belakang sedikit daripada imam

e. Tidak mendahului perbutan imam

f. Makmum lelaki tidak boleh berimamkan imam wanita



3.5 Makmum Muafik dan Masbuk



a. Makmum Muafik

► Makmum yang tidak sempat membaca Al – fatehah ketika imam masih berdiri ketika rakaat pertama .

► Ganjarannya lebih baik daripada makmum masbuk



b. Makmum Masbuk

► Makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah kerana imam telah rukuk .

► Makmum tersebut hendaklah mengikut imam .

► Dikira mendapat rakaat jika sempat rukuk dan tamakninah bersama imam .





SUJUD SAHWI

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

Sujud Sahwi Kerana Kelebihan

Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

Sujud Sahwi Kerana Kekurangan

Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu

Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:

Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.

Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.

Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.

Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.

Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.

Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
JavaScript Free Code