Isnin, 16 Ogos 2010

Andai engkau tahu wahai kawan dan teman ku


Hidup Seorang Blogger  Seo Contest

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.Semoga dengan kehadiran kalian semua di dalam blog saya bina ini akan menambahkan seri dan penghias.

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN "




Khamis, 12 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT PUASA DI BULAN RAMADHAN



LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
"sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala "

Puasa
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
1. Wajib
2. Sunat
3. Makruh
4. Haram

Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :
a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :
a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b) Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah

Syarat wajib
a) Islam (orang-orang kafir tidak wajib berpuasa)
b) baligh(kanak-kanak belum cukup umur tidak wajib berpuasa)
c) berakal ( orang yang gila tidak wajib berpuasa)
d) berupaya(sihat) ( orang sakit yang merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa)
e) bermukim / tidak musafir ( - orang yang dalam pelayaran (bermusafir) lebih dari dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib qadak.)

Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari ( teruatama dalam bulan ramadhan)
d) Niat

Rukun Puasa
a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa
a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian


Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa (hidung , telinga ataupun( mulut- walaupun tidak mengenyangkan)
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila ( hilang akal sebab gila)
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa ( orang-orang yang tidak wajib berpuasa )—tetapi kena qadha/ganti puasa
a) Musafir
b) Orang perempuan yang Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
c) Sakit
d) Tua
e) Perempuan yang sedang haid dan nifas

Keistimewaan Bulan Ramadhan
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

Menghormati Bulan Ramadhan
a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
- Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

PERBEZAAN ANTARA KIFARAH DAN FIDYAH:
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1) Membebaskan seorang hamba yang beriman
2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin (setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu).

Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab wajib Fidyah
1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.
……………………………………………………………***********………………………………………………….
**Sesungguhnya kanak-kanak tidak wajib berpuasa, tetapi adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa memberikan didikan dan latihan kepada anak-anak mereka untuk mengerjakan ibadah puasa dengan berpandukan sabda Nabi Muhammad S.A.W tentang latihan menunaikan sembahyang iaitu:
Ertinya: "Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang bila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka bila berumur sepuluh tahun (kalau tidak mahu mengerjakannya)."

Ahad, 1 Ogos 2010

CARA BERDOA KENDURI DAN ARWAH

BACAAN CARA KENDURI @KENDURI ARWAH






DOA KENDURI ARWAH




PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT WITIR

Bacaan sebelum sembahyang witir
( Selepas sembahyang Terawih di Bulan Ramadhan)
( perhatian..ada tanda 1 di atas: menunjukan ( tanda 1) dan ditambah (waktu) pada malam yang ke 16 dan seterusnya dan digalakan baca qunut pada rakaat ke tiga witir..
Wirid Selepas Sembahyang Witir

Cara Sembahyang Witir
( Sembahyang witir adalah sunat, sekurang kurangnya satu rakaat dan seelok eloknya 3 rakaat dua salam)
Selepas dilakukan 2 rakaat seterusnya dibaca:
Doa setelah selesai Sembahyang Witir:



PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH

Bacaan Untuk memulakan solat terawih


Surah dibaca didalam sembahyang Terawih




Bacaan Doa selepas sembahyang Terawih



Bacaan selepas setiap 2 rakaat solat Terawih
( PERTAMA : Bacaan selepas rakaat yang ke 2,6,10,14 dan 18)

( KEDUA : Bacan selepas rakaat yang ke 4,8,12,16 dan 20 )

Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke 8

Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke 12
Ditambah selepas daripada bacaan di atas pada rakaat yang ke 16

Ditambah bacaan selepas daripada bacaan rakaat yang ke 20
Kemudian iman mengakhiri dengan bacaan doa ini pada rakaat yang ke 4,8,12,16
Seterusnya dibaca ..untuk masuk ke solat witir

Khamis, 29 Julai 2010

persiapan rohani

Ini adalah sebahagian Kem Bestari Solat yang kami telah lakukan pada bulan 7/2010.
kalau diperhatian dan lihat bagaimana murid sktk dah mula pandai melakukan aktiviti solat secara berjemaah.
Alhamdulillah, kami bersyukur pada Allah swt dengan usaha GPI dan guru jQAF. Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun sudah pun dapat mengeluarkan rijal rijal yang berjiwa keimanan pada Allah swt. Dapat mereka meneruskan perjuangan semasa mereka melangkah ke menara gading nanti dengan persiapan beramal ibadah kepada Allah tanpa was was lagi..

Rabu, 28 Julai 2010

Tarikh Penting Dalam Islam 1431 H

Peristiwa Tarikh
Awal Muharram 1 Muharram 1431H / 18 Disember 2009
Assyura 10 Muharram 1430H27 / Disember 2009
Maulidur Rasul S.A.W 12 Rabiulawal 1431H / 26 Febuari 2010
Isra' Mi'raj 27 Rejab 1431H / 10 Julai 2010
Awal Ramadhan 1 Ramadhan 1431H / 11 Ogos 2010
Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1431H / 27 Ogos 2010
Hari Raya Puasa / Aidilfitri 1 Syawal 1431H /10 September 2010
Awal Zulhijjah 1 Zulhijjah 1431H /8 November 2010
Hari Raya Qurban / Aidiladha 10 Zulhijjah 1431H / 17 November

Ahad, 25 Julai 2010

post pertama

ini adalah sebahagian aktiviti yang dijalan oleh KBS SKTK 2010..semoga kalian dapat melihatnya...

ketiga


Hai ustazah Norasalikin sedang buat apa tuh....semua murid tahun satu khusu` sekali mendengar sambil melakukan apa yang diajar oleh ustazah..baguslah cam ni kan....mudah-mudahan mereka cepat pandai..tak begitu murid murid..

kedua


Ini keadaan semua murid tahun satu yang membuat pratikal untuk mengambil wuduk sambil dibimbing oleh ustazah Jahratan dan ustazah Norain......
seronok ya main air.....nanti kita buat dengan debu plak..kan ustazah..hehehe
JavaScript Free Code